Isnin, 5 September 2011

persekolahan selepas raya dan merdeka

Hari  ini selasa 6hb sept 2011 bermula pula perjuangan pelajar ting.6 yang mula menduduki peperiksaan percubaan setelah selesai peperiksaan percubaan PMR dan SPM sebelum menyambut hari raya aidilfitri dan sambutan kemerdekaan. Setelah selesai menanda kertas sejarah untuk percubaan spm perasaan bercampur antara gembira dan kecewa. Gembira bila melihat jawapan yang diberi oleh pelajar cemerlang memang datangnya daripada mereka yang ada persediaan dan kecewa degan keputusan yang datang dari pelajar yang tak bersedia dalam keadaan ini ada pelajar yang sanggup merayu untuk diberikan markah tambahan tapi bagi cik gu apa guna markah ini pada peringkat percubaan kerana dia tidak memberi apa-apa kesan sepatutnya ada usaha untuk melihat mengapa markah itu yang anda dapat.Renunglah pelajarku tentang jawapan yang anda beri sebelum anda merenung markah atau keputusan yang anda dapat .selamat menempuh peperiksaan percubaan stpm moga anda cemerlang dengan usaha yang anda lakukan. 

sambutan hari raya aidilfitri

hari raya tahun ini sama seperti raya-raya tahun lepas, cuma tahun ini jamuan raya untuk alumni smtam tidak di sambut kerna dijadikan acara dwitahunan, maka akan berjumpa pada tahun 2012.Jamuan alumni ibkl berjalan seperti biasa terima kasih pada dato ahmad darus yang saban tahu tidak jemu menaja jamuan ini ,moga beliau di anugerah dengan rezeki halal yang melimpah ruah. Tahun ini jamuan seperti tahun lepas di adakan dikelab golf bertam kepala batas, tetapi masa perjumpaan dirasakan amat singkat iaitu lepas jumaat 5 ptg dan kemudian terkejar pula dengan hampirnya waktu maghrib