Isnin, 5 September 2011

persekolahan selepas raya dan merdeka

Hari  ini selasa 6hb sept 2011 bermula pula perjuangan pelajar ting.6 yang mula menduduki peperiksaan percubaan setelah selesai peperiksaan percubaan PMR dan SPM sebelum menyambut hari raya aidilfitri dan sambutan kemerdekaan. Setelah selesai menanda kertas sejarah untuk percubaan spm perasaan bercampur antara gembira dan kecewa. Gembira bila melihat jawapan yang diberi oleh pelajar cemerlang memang datangnya daripada mereka yang ada persediaan dan kecewa degan keputusan yang datang dari pelajar yang tak bersedia dalam keadaan ini ada pelajar yang sanggup merayu untuk diberikan markah tambahan tapi bagi cik gu apa guna markah ini pada peringkat percubaan kerana dia tidak memberi apa-apa kesan sepatutnya ada usaha untuk melihat mengapa markah itu yang anda dapat.Renunglah pelajarku tentang jawapan yang anda beri sebelum anda merenung markah atau keputusan yang anda dapat .selamat menempuh peperiksaan percubaan stpm moga anda cemerlang dengan usaha yang anda lakukan. 

sambutan hari raya aidilfitri

hari raya tahun ini sama seperti raya-raya tahun lepas, cuma tahun ini jamuan raya untuk alumni smtam tidak di sambut kerna dijadikan acara dwitahunan, maka akan berjumpa pada tahun 2012.Jamuan alumni ibkl berjalan seperti biasa terima kasih pada dato ahmad darus yang saban tahu tidak jemu menaja jamuan ini ,moga beliau di anugerah dengan rezeki halal yang melimpah ruah. Tahun ini jamuan seperti tahun lepas di adakan dikelab golf bertam kepala batas, tetapi masa perjumpaan dirasakan amat singkat iaitu lepas jumaat 5 ptg dan kemudian terkejar pula dengan hampirnya waktu maghrib

Rabu, 3 Ogos 2011

ukiran kayu klasik: Hasil Kerja Menggunakan Teknik Tanggam

ukiran kayu klasik: Hasil Kerja Menggunakan Teknik Tanggam: "Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu"

Rabu, 6 Julai 2011

menyerah diri dirumah Allah


28 mei - 12 jun 2011 tarikh keramat aku dijemput oleh Allah taala untuk mengunjungi bumi ambiya bumi mekah dan madinah bersama isteri dan keluarga ku bagi menunaikan ibadah umrah. tiada kata untuk diucapakan bertapa bertuahnya aku dapat menatap kaabah di depan mata sehingga tanpa disedari air mata jatuh berderai mengambarkan bertapa sahdunya dan barakah, peluangmenziarai makam baginda rasulullah di madinah

Ahad, 15 Ogos 2010

***alumni smsg n smtam***: 26. acara bergambar seterusnya

***alumni smsg n smtam***: 26. acara bergambar seterusnya: "kaum ibu dan bapa disamping anak2 berdiri dari kiri: helmi, abg amran(hubby kak ani), suami fhadillah, mahmuzir, zahir, zainol, tarmizi, j..."

Selasa, 10 Ogos 2010

cuti sempena ramadan

ari aku cuti sempena ramadan tak tau nak buat apa cuma mampu memeriksa latihan pelajar yang di hantar melalui email lihat cangih nya dunai pembelajaran sekarang